Tajwid in English Version?


Bagaimana kita nak mengajar tajwid di dalam Bahasa Inggeris?

Peristiwa di bulan Ramadhan baru-baru ini yang saya kenang.

Saya pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal mengenai beliau perlu mengajar tajwid dalam bahasa Inggeris kepada murid-murinya di Ireland. Sewaktu membaca itu memang kuh kah kuh kah saya gelak sebab ustaz pening macam mana nak ajar mereka. Nun mati. Nak kata apa? Dead nun? Dan sekarang perkara itu terjadi kepada saya.

Selepas berbuka puasa yang dianjurkan INTIS di bangunan Admin UIA, seperti biasa saya pun pergilah bersolat di masjid yang bersebelah saja. Usai solat, baca Quran. Ketika saya berhenti membaca itulah rupanya ada seorang sister yang memerhati dan mendengar, lalu menegur saya. Dia meminta saya mengajarnya membaca Al-Quran. Ya Allah, terharunya!

Muqaddas namanya. Dia berasal dari China, tetapi dia berketurunan Turki. Course Engineering. Tengah buat Master. Yang disucikan. Namanya secantik tuannya. Biasalah. Orang Turki mana tak comel. Pertama kali saya dengar orang bernama ini. Maqdis adalah. Baitul Maqdis!

Berbalik kepada cerita tadi. Saya terharu sebab dia tak malu untuk belajar dan dia memang bersemangat nak belajar. Jika dia tak faham dia akan tanya, atau jika dia sudah faham dia akan minta kepastian. Saya dengar bacaannya. Bermula pada Surah An-Nas, saya kalau boleh tak mahu menyebut istilah Izhar halqi, ikhfa’ haqiqi, iqlab dan istilah-istilah selain itu. Saya cuma beritahu cara nak baca. Izhar tu baca macam mana tanpa menyebut nama Izhar itu.

Kenapa saya tak mahu menyebut istilah-istilah itu adalah kerana saya tidak mahu dia diserabutkan lagi. Ada sebabnya mengapa saya buat begini berdasarkan pengalaman saya belajar tajwid dari sekolah rendah lagi.

Hukum tajwid seperti Izhar, ikhfa’, iqlab, hukun nun sakinah dan mim mati mungkin mudah. Tapi bila belajar detail itu yang payah. Setelah masuk sekolah menengah lalu diulang pula. Sewaktu saya di Tingkatan Empat saya tasmi’ surah Al-Waqi’ah depan Ustazah Fudzla. Belajar tajwid, tapi saya tak berapa nak ikut pun. Lancar memang lancar. Apalagi kena sound la dengan ustazah yang sangat sifat strict dan disiplin.

“Apa yang anti baca ni? Kenapa anti tak dengung? Mim mati bertemu min baca macam mana? Nun mati bertemu ba' baca macam mana? Nun mati bertemu sin macam mana? Ana nak anti balik hafal semula bagi betul!!”

Selepas ditegur ustazah secara personal dan makan dalam itu, barulah saya terbuka mata dan baru saya nampak apa yang saya belajar selama ini. Apalagi, selepas itu memang jadi amat berhati-hati. Semasa di sekolah menengah dahulu, Ustaz Abdullah Sabu memanglah ajar dalam kelas dengan betul, cuma mungkin saya tak perasan selama ni. Dan waktu di dalam kelas waktu untuk subjek Tilawah sangat singkat dan student pula ramai. Ustaz mungkin tak mampu nak kepung semua.

Berbalik kepada cerita Muqaddas, maka sebab itulah saya lakukan begini. Saya takut dia tak nampak jika saya terlalu menekankan teori berbanding praktikal. Entahlah. Mungkin inilah yang dikatakan fobia.

Apakah praktikal yang saya maksudkan tu? Contohnya. Buka Surah An-Nas. Baca dengan dengung dan mesti beritahu dia yang pada bahagian itu kena baca dengung. Jika saya sekadar baca, mungkin dia tak nampak. Lepas tu dengar dia baca. Dari segi panjang pendek memang tegur terus. Tapi saya tak la stern sangat. Saya mahu dia nampak Quran sebenar dan dia melihat ayat dan beritahu kaedahnya dari situ, bukan dari kitab tajwid. Saya harap dia dapat gambaran.

Sebenarnya dalam nak mengajar tu pun ada juga kepeningan telah berlaku. Faktor bahasa. Orang Turki manalah nak cakap Melayu atau Arab. Dan seumur hidup saya, saya belajar tajwid dalam Bahasa Melayu. Apabila masuk UIA Gombak ini, kena ambil subjek Tilawah 1, haruslah belajar tajwid dalam Bahasa Arab. Manakala sekarang perlu ajar dalam Bahasa Inggeris. Mula-mula saya sebut nun mati sebagai "nun without the harakah". Tapi banyak kali jumpa nun mati, sakit tekak jugak nak sebut panjang-panjang. Akhirnya terkeluar jugalah "the dead nun"! Waktu saya istilahkan the dead nun itulah saya gelak sorang-sorang dalam hati. Teringat kat artikel Ustaz Hasrizal. Keh3!

Tu tak masuk lagi bab qalqalah. Macam-macam! Buat geli hati saja bila saya mereka istilahkannya kepada Bahasa Inggeris. Nak tau apa? Bounce! Kan qalqalah sebutan dia seperti melantun semula. Saya tak ingat melantun in English apa. Saya tanya Muqaddas dengan bagi contoh. Macam mana kita nak kata apabila dibaling bola ke dinding dan ia datang semula kepada kita? Melantun la tu kan.

“Do you mean bounce?” jawabnya

“Yeah, that’s the word I guess for the example. Ahadddd! Falaqqq! You must recite it with bounce. It is not just Ahad or Falaq.”

Dan saya rasa dia nampak apa yang saya maksudkan. Selepas itu dia pun baca dengan “bounce” tanpa diperingat. Apa-apalah! Asalkan dia faham.

Huhu. Dan macam-macam lagi. Saya pun banyak lagi kekurangan. Dari segi tadabburnya bagaimana? Walaubagaimanapun saya cuba memberikan apa yang saya ada. Kalau dia tak dapat banyak sekalipun, at least sikit pun jadilah. Tapi saya hanya sempat ajar dia untuk empat hari sahaja kerana UIA dah cuti raya. Dan ketahuilah bahawa selama saya bersembang-sembang dengan Muqaddas, saya terlupa nak ambil num phone dia. Ramadhan sudah tiada. Masjid UIA tetap ada. EnshaAllah akan bertemu lagi di tapak perkenalan ramai saudara seagama ini.

Mungkin sahabat-sahabat ada apa-apa cadangan nak mempermudahkan pengajaran Al-Quran?

Ya Allah semoga dia faham!

Wallahu a’lam bissowab..

1 kata-kata mereka:

assalamualaikum...

seronok dgr pengalaman sis mengajar saudara seagama belajar alquran dan tajwid.. pengalaman sy mengajar anak berbangsa india, (keluarga drp India), juga di dalam bahasa inggeris, menyebabkan sy terpaksa kreatif utk menjelaskan hukum tajwid tersebut. Untuk nun mati, saya namakan 'silent nun'. ;) Yang qolqolah tu pun saya guna 'bounce'. Dan untuk dengung, sy masih gunakan 'dengung' dan pelajar pun faham sebab kita dah tunjuk contoh apa makna dengung.. 'dengung is like this.....' then saya sebutlah cth dengung. Lepas2 tu kalau sebut 'dengung' dia faham la.. ;)
Dan yang lain2 pun, saya akan guna je istilah2 yang bersesuaian yg penting dia faham dan dpt praktik dgn betul. Alhamdulillah dah lebih setahun mengajar anak ini, daripada abata, dia kini boleh membaca surah2 dlm juzuk 30 dengan betul dari segi tajwid, walaupun dengan bacaan yg lambat..