Oh Thou, My Future Half!





Oh Thou, My Future Half or Thou My Future Spouse!

Wahai Dikau Bakal Separuhku!

Tak perlu kau jadi secantik pelakon
Cukup padaku kau sukakan aku
Begitu juga dengan keluargamu

Bukanlah kerana kau sekaya King Abdullah Fahad
Rumah sebesar mahligai, nak kemas pun aku tak larat.

Yang penting kau sayangkan aku
Selepas yang berhak kau sayangi dahulu
Makin banyak kau beri, makin banyak juga kan ku bagi

Yang penting kau sayangkan aku!
Kerna tanggungjawab terlaksana dari sayang itu.

Yang penting kau sayangkan aku!
Mengertilah wahai separuhku akan diriku..

Yang penting kau lebih sudi membimbing aku
Kerna menggunung tidak kutahu
Genggam erat tanganku atas jalan yang satu
Bukan jalan di sana dan di situ
Untuk menuju destinasi baldu
Andai jalan itu jalan yang berliku
Sudilah kau menjadi perisaiku

Itu sahaja yang kumahu..
Apa demand kah aku?

Andai aku tidak kau tunggu
Aku pun sama takkan menunggu
Jika benar kau pilihanku
Wa ilallahi tawakkaltu..

Jika kita sukar berkira
Hanya Allah menimbang tara
Jika memang ini waktunya
Tiadalah Allah menangguhkannya
Andai kita berhati luhur
Semoga Allah memudahkan juhud
Jika kau dan aku rasa tertiris
Mungkin awalnya lagi sudah tertulis
Jangan ada hati yang terhiris
Atau menangis lagi terguris

Mungkin ada mungkin tiada
Bezanya hanya cepat dan lambat
Mungkin dapat atau tak sempat
Doa kita sering terpahat
KepadaNya semata Allah As-Somad
Hatta tiba di hujung hayat
Belum tersingkap apa yang dihajat
Mungkin Allah menyediakan tempat
Taman di syurga tiada siapa melihat
Walau doa berguni-guni
Mungkin Allah sudah mengganti
Yang berguni itu di negeri nan abadi

p/s:
Puisi ini dipetik daripada website HatiSyakira dot com. Anda tidak perlu bersusah-payah mencari website ini kerana ia hanya terdapat pada pemilik blog tomatosyakira.blogspot.com. Dah lama ia tersimpan sebagai draft, baru sekarang ia disiarkan.

Mungkin puisi ini juga terdapat pada website HatiOrangLain dot com. Cuma tak dapat dikesan kerana tak dijumpai pemiliknya.

Sekian terima kasih.








0 kata-kata mereka: