Marilah Remaja..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Serabut aku serabut!

Sudah lama tidak baca majalah Mastika. Aku kira sudah empat tahun tak membeli langsung majalah itu. Dan baru-baru ini berkesempatan membaca edisi Julai dan Ogos.

Isu-isu yang menyesakkan. Semuanya berkaitan kegiatan remaja yang sudah tidak bermoral. Zina sampai membuang anak. Khayal hidu gam. Rogol. Homoseksual. Macam-macam lagi.

Salah siapa ni? Wahai remaja, kalaulah ibu dan ayah yang mahu kau salahkan, berfikirlah sekali lagi. Mungkin benar ibu dan ayahmu tidak mengambil tahu perihalmu, membiarkan kau tanpa arah tuju, tapi sampai bila? Sampai bila harus kau salahkan mereka?

Apabila usiamu sudah sampai balighnya, kau harus sedar. Dirimu adalah tanggungjawabmu sendiri. Berbaloikah kau asyik menyalahkan mereka, lalu melontarkan dirimu ke jalan binasa, dan penghujungnya adalah neraka? Tak berbaloi wahai sahabat.

Alamak, ter mendayu plak bahasa aku ni. Tapi itulah hakikatnya sahabat. Jangan diturutkan nafsu. Jangan jadikan kesalahan ibu bapa sebagai alasan untuk kau nak berseronok. Itu semua hanyalah alasan! Alasan semata-mata! Jangan diikut bisikan syaitan itu.

Aku ada je kawan-kawan yang mak ayah bercerai, masalah keluarga itu ini. Tapi mereka berfikir dan berfikir. Mereka berjaya dengan cemerlang melebihi budak yang hidup bahagia dengan keluarga tercinta. Jadi apa perbezaan antara kedua mereka ni?

Tapi ada juga keluarga yang memberi perhatian, didik dengan ilmu agama, tapi akhirnya terjerumus juga. Jadi kita tak boleh mengatakan seratus peratus salah ibu bapa mendidik.

Kesimpulannya, letaklah pada diri sendiri sebagai timbangannya. Selalulah soal diri sendiri, apakah ini jalan yang aku mahu? Adakah ini jalan yang aku pilih? Mari sama-sama kita bertaubat. Open up your heart and accept the truth. Insya Allah, He will guide you through the right path.

Ingat, YOU TAKE CHARGE OF YOURSELVE!

Wallahu a’lamu bis sowab..

0 kata-kata mereka: