Malapetaka Darwinisme Terhadap Kemanusiaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Inilah tajuk buku yang baru habis dibaca. Bila baca sahaja muka surat pertama pun hati sudah terasa panas. Betapa kejamnya manusia yang kufur kepada Allah.

Buku ini merupakan tulisan penulis Harun Yahya atau nama sebenar beliau Adnan Oktar. Beliau merupakan seorang saintis berbangsa Turki. Daripada pemerhatian saya terhadap penulisan-penulisan beliau, saya dapati pendekatan beliau lebih cenderung ke arah dakwah kepada golongan kafir.

Seperti mana yang kita maklum, sejahat-jahat bangsa Yahudi pun mereka masih mempercayai Allah sebagai Tuhan Yang Mencipta. Tetapi, orang-orang seperti Charles R Darwin yang mengasaskan ideologi Darwinisme benar-benar bertujuan untuk menolak kepercayaan kepada agama dan Tuhan. Mereka inilah golongan aties.

Ideologi Darwinisme mengatakan bahawa manusia pada asalnya adalah haiwan iaitu monyet, yang berevolusi sehingga menjadi manusia yang sebenar. Pendapat ini sangat meragukan dari sudut sains sebenar pada hari ini. Manusia pada zaman kurun ke-19 mudah mempercayai ideologi ini kerana pada waktu itu belum ada teknologi yang canggih untuk mengkaji hal ini dengan lebih mendalam. Peralatan pada waktu hanya mampu melihat sel dari sudut luaran sahaja.

Darwinisme mempercayai bahawa manusia perlu ada survival untuk terus hidup di bumi ini. Dengan mengurangkan jumlah manusia yang ada akan mempercepatkan proses evolusi berlaku. Mereka yang cacat, tua, sakit, dilahirkan cacat akan dibunuh sewenang-wenangnya. Kaum kulit hitam di negara Afrika juga dihapuskan kerana dianggap sebagai golongan kasta rendah, yang tidak mempunyai apa-apa nilai.

Pada asalnya ideologi Darwinisme ini hanya berkisar kepada biologi sahaja. Tetapi tulisan pengasasnya tersebar luas menjadikan isu ini beralih kepada psikologi dan seterusnya politik.

Sesiapa yang mempercayai ideologi ini tidak lain tidak bukan hanya menjadikan dia manusia maha zalim di atas muka bumi ini. Hitler di Jerman, Benito Mussollini di Itali, Franco di Sepanyol, Nazi, Karl Marx, Lenin di Russia lalu diteruskan perjuangan oleh Stalin serta Trotsky adalah contoh-contoh manusia yang mengamalkan ideologi ini. Mereka mengasaskan suatu kuasa yang menindas manusia-manusia yang lemah . Sesiapa sahaja yang menentang mereka atau tidak sehaluan dengan mereka akan dibunuh dengan kejam termasuk orang-orang Islam dan Kristian. Masjid-masjid dan gereja juga dirobohkan. Malah mereka ini saling
bekerjasama dalam usaha revolusi kekejaman ini. Sebagai contoh, Franco menghadiahkan kepada Hitler seluruh penduduk kampungnya untuk menguji senjatanya. Banyak lagi bentuk-bentuk penindasan dan kekejaman yang dilakukan mereka.

Ideologi ini tidak terhenti di Eropah sahaja tetapi tersebar juga ke China dan Korea. Mao Tse Tung dengan prinsip komunisme serta Pol Pot yang menukarkan negara Korea sebagai ‘Ladang Pembunuhan’ atas dasar yang sama.


ô`tBur ãNn=øßr& `£JÏB yìoY¨B y‰Éf»¡tB «!$# br& tx.õ‹ãƒ $pkŽÏù ¼çmßJó™$# 4Ótëy™ur ’Îû !$ygÎ/#tyz 4 šÍ´¯»s9'ré& $tB tb%x. öNßgs9 br& !$ydqè=äzô‰tƒ žwÎ) šúüÏÿͬ!%s{ 4 öNßgs9 ’Îû $uŠ÷R‘$!$# Ó“÷“Åz óOßgs9ur ’Îû ÍotÅzFy$# ë>#x‹tã ×LìÏàtã ÇÊÊÍÈ

114. Dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatunya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar.



Manusia-manusia yang disebutkan dia atas mempercayai ideologi ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguasai dunia demi kepentingan sendiri. Mereka merasakan mereka tidak akan kembali ke negara akhirat. Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana di alam ini tiada pencipta yan memiliki kuasa melainkan mereka yang paling berkuasa.

Golongan Aties tidak mahu mepercayai Tuhan dan agama ini merasakan agama hanya menghalang cita-cita mereka kerana ajaran agama penuh dengan nilai-nilai murni, perasaan dan belas.

Kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang menganggap rasisme sebagai satu undang-undang semulajadi tidak akan berakhir selagi idea-idea Darwinisme tidak ditewaskan oleh sains.”
Ayat yang dipetik daripada buku ini. Apa yang saya rasakan ialah betapa pentingnya sains bukan sahaja dari sudut duniawi, malah dari sudut ukhrawi juga bagi membuktikan kepada golongan kafir mungkar tentang keesaan Allah. Betapa zalimnya mereka sezalim-zalimnya. Mereka ini tidak siuman lalu menjerumuskan manusia yang tidak bersalah ke dalam kegilaan mereka. Tidak tahulah bagaimana dunia kurun ke-19 itu dikuasai oleh mereka yang tidak siuman ini dalam masa yang sama sehingga menimbulkan huru-hara yang dahsyat.



È@t/ yìt7©?$# šúïÏ%©!$# (#þqßJn=sß Nèduä!#uq÷dr& ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ ( `yJsù “ωöku‰ ô`tB ¨@Êr& ª!$# ( $tBur Mçlm; `ÏiB tûïÎŽÅÇ»¯R ÇËÒÈ
29. Orang-orang Yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) Dengan tidak berdasarkan pengetahuan. maka tiada sesiapa Yang dapat memberi petunjuk kepada orang Yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa Yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.


Jadi, inilah serba sedikit ulasan yang dapat buat mengenai buku ini. Tidak dapat saya nafikan bahawa sepanjang saya membaca buku ini, memang terasa sesak nafas dan sakit kepala. Kisah-kisah kekejaman itu benar-benar mengikis tenaga saya sehingga lemah longlai jadinya. Tidak sampai kepada akal kita manusiakah itu yang sanggup melakukan keganansan sedemikian rupa.

Bertaubatlah wahai manusia-manusia yang zalim!

Seruan ini juga ditujukan kepada Yahudi di Palestin yang turut sama melakukan jenayah terbesar sebegini. Hitler, Franco, Mussollini dan sebagainya sudah berlalu. Walaupun ideologi ini sudah tidak tersebar lagi, namun masih ada sisa-sisa yang tinggal. Sepertimana yang kita lihat, Yahudi Zionis itu seolah-olah meneruskan kekejaman golongan aties, tetapi dengan matlamat yang berbeza.

Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, silalah baca buku ini. Boleh layari http://www.harunyahya.com/ jika tak mau beli.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang dizalimi..

Wallahu a’lam.

0 kata-kata mereka: